Terma Dan Syarat Syarikat Kereta Sewa Shah Alam
Syarat-Syarat Perjanjian Penyewa/Peminjam Kenderaan
- Mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan terkini.
- Penyewa/peminjam kenderaan dilarang daripada melakukan sebarang kegiatan jenayah atau melanggar sebarang Undang-Undang Kerajaan Malaysia. Laporan pihak berkuasa akan dibuat jika ingkar.
- Sebarang kerosakan/kecaatan/calar/pecah yang terdapat pada bahagian luaran dan dalaman kenderaan sepanjang tempoh sewaan/pinjaman, caj RM100.00(minimum) dan RM2500.00(maksimum) akan dikenakan terhadap penyewa/peminjam kenderaan terbabit. Laporan pihak berkuasa akan dilakukan jika ingkar.
- Penyewa/peminjam kenderaan tidak dibenarkan sama sekali menukar/mengambil sebarang alat ganti terhadap setiap kenderaan yang disewa/dipinjam. Laporan pihak berkuasa akan dibuat jika ingkar.
- Segala tuntuntan saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan adalah tanggungjawab penyewa/peminjam kenderaan sepanjang tempoh sewaan/pinjaman berjalan.
- Sebarang pembatalan sewa akan menyebabkan deposit anda HANGUS.
- Sebarang perubahan tarikh dan masa sewa oleh anda perlu dimaklumkan kepada syarikat secepat mungkin.
Penghantaran Kenderaan
- Percuma bagi pelanggan yang datang ambil kereta di pejabat pengurusan di Seksyen 7 Shah Alam
- Percuma bagi jarak 1km-5km dari pejabat pengurusan di Seksyen 7 Shah Alam.
- Bayaran tambahan RM10.00/1km dikenakan bagi jarak melebihi 5km dari pejabat pengurusan di Seksyen 7 Shah Alam.
- Pelanggan boleh memilih penghantaran kenderaan perjalanan 1 hala(hantar sahaja) dan 2 hala(hantar dan ambil). Bagi perjalanan 2 hala, caj penghantaran akan dikalikan dengan 2 bagi setiap perjalanan 1 hala.
- Bayaran caj penghanatarn perlu dijelaskan semasa proses pengambilan kenderaan 1 hala atau 2 hala mengikut pilihan pelanggan.
Tempoh Sewaan
- Syarikat Kereta Sewa Shah Alam tidak menyediakan sebarang tempoh sewaan dalam jam, harap maklum!
- Tempoh sewaan dalam separuh hari hanya dibuka pada Isnin-Khamis sahaja. tempoh sewaan separuh hari ini tiada pada Jumaat-Ahad.
- Tempoh sewaan harian, mingguan dan bulanan dibuka pada bila-bila masa sepanjang waktu pejabat 9.00 pagi - 10.00 malam.
- Pelanggan perlu memaklumkan kepada wakil syarikat bagi sebarang penyambungan sewa kenderaan selewat-lewat dua belas(12) jam dari tarikh penghantaran kenderaan seperti di dalam Borang Perjanjian Sewa/Pinjam Kenderaan yang telah diisi dan disemak semasa mula-mula ambil kenderaan.
No comments:
Post a Comment